Kuala Gula Bird Santuary
Kuala Gula adalah merupakan kawasan perkampungan nelayan yang terletak dalam
Derah kerian.
Ia merupakan sebahagian daripada Hutan Simpan Matang yang terdiri dari hutan paya bakau seperti pokok Api-Api "Avicennia spp" dan pokok Bakau "Rhizopora
spp". Faktor habitat semulajadi yang terdapat disini menarik adalah Burung Upih "Mycteria Cinerea" dan Burung Botak Kecil "Leptopilos Javanicus" yang
datang dari kepulauan Siberia. Selain itu, Burung Camar Putih, Burung Tukang Kubur.
Kuala Gula juga merupakan kawasan persinggahan pelbagai spesis burung dari Hemisfera Selatan ke Utara terutama dari Siberia dan Mongolia. Burung-burung tersebut mula singgah di sini di antara bulan Ogos hingga April. Sebanyak 166 spesis burung terdapat di sini pada masa tertentu. Antara sebab-sebab utama
penghijrahan burung-burung di kawasan ini. adalah kerana musim sejuk yang panjang di Hemisfera Selatan. Pengunjung-pengunjung perlu mendapatkan kebenaran
dari Jabatan Perhilitan terlebih dahulu untuk memasuki kawasan ini.
Bot-bot kepunyaan orang kampung di sini boleh disewa untuk tujuan memancing,memerhati hidupan liar/burung dan lain-lain dengan kadar harga yang berpatutan.
Kuala Gula merupakan sebuah perkampungan nelayan terletak di persisiran pantai utara negeri Perak, kira-kira 50 km dari barat laut Bandar Taiping. Ianya merupakan sebahagian daripada Hutan Simpan Paya Laut Matang yang terdiri
daripada hutan bakau dan kawasan pantai berlumpur
Pantai Ban Pecah
Pantai Ban Pecah atau dikenali sebagai “Pantai Rock” oleh penduduk tempatan adalah merupakan salah satu destinasi menarik yang terdapat di Daerah Kerian, Perak, Terletak didalam kawasan Mukim Tanjung Piandang,Perak ini, anda akan dapat melihat suasana matahari jatuh terbenam ketika senja yang melintasi Laut Selat Melaka ini. Kepada Kaki Pancing, Pantai Ban Pecah adalah tempat yang paling sesuai untuk anda, Siakap, Pari dan juga Semilang merupakan buruan anda disini.
Apabila Sang Suria meninggalkan satu panorama yang amat memukau jiwa, keindahan malam yang menjelma akan membuatkan anda terpegun dengan hidangan Kari Ikan
Semilang segar yang amat terkenal di Daerah Kerian yang menjadi menu utama deretan gerai-gerai makan disekitarnya sambil anda dialunkan dengan persembahan
irama nyanyian daripada penduduk tempatan. Jangan lepaskan peluang ini, kedatangan anda amat dialu-alukan.
Mercu Tanda Parit Buntar
Pinggiran Sungai Kerian
Projek Pinggiran Sungai Kerian yang dilaksanakan melalui peruntukan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan tempatan di bawah Jabatan Landskap
Negara merupakan salah satu projek rekreasi pinggir sungai yang terbesar
dibangunkan di Parit Buntar oleh Majlis Daerah Kerian. Pada masa ini
fasa yang telah siap dimajukan iaitu bermula dari tali air berdekatan
Arked MDK hingga ke tali air di Lorong Syed Hamid.